Peranan dan Kepentingan Bahasa Melayu sebagai pengantar ilmu pengetahuan dan alat penyatuan nilai kebangsaan

 PENGENALAN

     Bahasa Melayu ialah sebuah Bahasa yang digunakan di wilayah Indonesia, Malaysia dan yang berdekatan dengannya di Asia Tenggara. Bahasa Melayu ini merupakan Bahasa Kebangsaan di Brunei, Malaysia, Indonesia dan Singapura. Selain daripada keempat-empat negara yang disebutkan, Bahasa Melayu juga ditutur oleh penduduk-penduduk Melayu di negara lain. Bahasa Melayu mempunyai banyak dialek dan setiap dialek mempunyai perbezaan dari segi sebutan dan kosa kata nya. Penggunaan Bahasa Melayu di negara-negara lain berbeza bergantung kepada sejarah dan budaya. Bahasa Kebangsaan merupakan sebuah Bahasa yang melambangkan identiti kebangsaan sesuatu bangsa atau negara secara unik. Bahasa Kebangsaan selalunya digunakan untuk wacana politik dan undang-undang. Sesetengah negara mempunyai lebih dari satu Bahasa kebangsaan dan tak semestinya Bahasa kebangsaan ini boleh jadi sama dengan Bahasa rasmi kerana Bahasa Kebangsaan juga mungkin berbeza dengan Bahasa umum yang digunakan rakyat negara tersebut. Ada pepatah Melayu berbunyi “Maju Bahasa Majulah Bangsa” dan “Bahasa Jiwa Bangsa”. Maksud kata-kata ini memang ada kebenarannya yang tidak dapat kita nafikan. Konsep “Satu Bahasa Satu Bangsa” membolehkan usaha-usaha untuk mendaulatkan Bahasa Melayu sebagai penyatuan rakyat di Malaysia yang berbilang kaum dan sebagai sebuah Bahasa yang dapat mencerminkan masyarakat nya yang berdaulat dan berjaya. Walaupun negara kita dijajah kuasa asing, ia tidak langsung menjejaskan penggunaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa lingua franca. Sebagai Bahasa Kebangsaan negara yang berdaulat, Bahasa Melayu ini berperanan atau berfungsi sebagai bahasa rasmi, Bahasa perpaduan, Bahasa pengantar, Bahasa ilmu dan banyak lagi peranan penting yang lain. Pemahaman terhadap fungsi Bahasa Melayu ini dapat mewujudkan persefahaman pemikiran dalam kehidupan seharian.

BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA PENGANTAR ILMU PENGETAHUAN

     Bahasa pengantar didefinisikan sebagai sebuah Bahasa yang ditetapkan oleh sesebuah negara sebagai Bahasa yang digunakan untuk system Pendidikan. Sebagai contoh, jika kita lihat kan di sekolah-sekolah kebangsaan, mereka menggunakan Bahasa Melayu sebagai Bahasa pengantar. Sekolah jenis kebangsaan cina atau tamil, mereka menggunakan Bahasa mereka sendiri sebagai Bahasa pengantar. Dengan tercatatnya dasar penggunaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa pengantar dalam Penyata Razak (1956), usaha untuk mencapai tujuan ini telah mula dijalankan. Laporan Razak (1956) Bahasa Melayu dijadikan Bahasa kebangsaan dan menjadi Bahasa pengantar utama khususnya untuk membantu perpaduan kebangsaan dan menjadi wahana yang berkesan untuk komunikasi pelbagai kumpulan etnik dan masyarakat pelbagai dialek atau Bahasa. Sementelahan itu, Bahasa Melayu dapat membantu pembentukan jati diri bangsa Malaysia yang menggunakan Bahasa komunikasi yang mudah difahami. Kepentingan kedudukan Bahasa Melayu sebagai satu mata pelajaran diperkuatkan lagi dalam system peperiksaan dengan menjadikan kelulusan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu sebagai syarat untuk mendapatkan sijil. Penyata Razak telah menyarankan bahawa bahasa Melayu boleh dijadikan satu mata pelajaran yang penting dalam latihan perguruan. Bahasa Melayu telah dijadikan mata pelajaran wajib di dalam kursus perguruan sejak tahun 1957. Mulai tahun 1970, bahasa Melayu telah menjadi bahasa pengantar utama untuk kursus perguruan sekolah rendah dan mulai tahun 1973, semua maktab perguruan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar  dalam hampir semua kursus. Dewasa ini pelajar yang mengikuti pengajian di universiti diwajibkan mendapat sekurang-kurangnya pangkat lulus dalam bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia, melainkan Universiti Teknologi Malaysia yang memerlukan kelulusan sekurang-kurangnya taraf kepujian. Dalam bidang pengajaran, bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar untuk mata pelajaran tertentu, dan juga diajar sebagai satu mata pelajaran. Manakala, dalam bidang petadbiran pula, Bahasa Melayu digunakan sepenuhnya. Penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia merupakan kemuncak bagi menentukan Bahasa Melayu digunakan sepenuhnya sebagai Bahasa pengantar ilmu pengetahuan. Tuntasnya, menurut Nik Safiah Karim, kemajuan pendidkan dalam Bahasa Melayu telah berlaku dengan pesatnya apabila kerajaan menubuhkan sekolah menengah berbahasa pengantar Bahasa Melayu. Akhirnya terlaksanalah Dasar Pendidikan Negara yang menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa pengantar utama di institusi pengajian tinggi.

BAHASA MELAYU SEBAGAI ALAT PENYATUAN NILAI KEBANGSAAN

     Bahasa Melayu digunakan oleh kaum-kaum bukan Melayu untuk berkomunikasi sesama mereka. Contohnya, orang India dan Cina yang menetap di Malaysia sudah terbiasa dengan Bahasa Melayu, jadi mereka berkomunikasi menggunakan Bahasa melayu. Bahasa Melayu menjadi bahasa yang menyatupadukan rakyat pelbagai kaum. Tanpa komunikasi yang baik, ketegangan kaum akan berlaku. Oleh itu, penggunaan Bahasa Melayu amat penting untuk komunikasi antara kaum akan berjalan lancar dan sebarang ketegangan dapat dihindari. Sepanjang Bahasa Melayu digunakan sebagai Bahasa lingua franca, Bahasa Melayu berperanan sebagai satu alat perpaduan yang dapat menyatupadukan kaum-kaum dan suku-suku bangsa di Nusantara. Penerimaan Bahasa Melayu sebagai sebuah Bahasa rasmi dan Bahasa kebangsaan oleh semua kaum merupakan suatu tanda bahawa mereka menerima konsep Bahasa melayu yang menyatupadukan masyarakat Malaysia. DEngan itu, mata pelajaran Bahasa Melayu diwajibkan kepada semua pelajar pada semua peringkat sekolah. Oleh kerana itu, Bahasa Melayu bertindak sebagai alat yang menghubungkan penutur Bahasa dari pelbagai bangsa dan berupaya untuk menyatupadukan bangsa yang dikenali sebagai bangsa Malaysia.

     Kesimpulannya, Bahasa Melayu memainkan peranannya sebagai Bahasa yang unggul sebaik sahaja diangkat menjadi Bahasa kebangsaan , Bahasa rasmi, Bahasa pengantar dan Bahasa yang menjadi alat penyatu kebangsaan. Benarlah, Bahasa ini menjadi Bahasa utama dan menjadi teras perpaduan di Malaysia.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Dorothea Orem's Theory

Antidepressant ( Luvox and Prozac )

Respiratory Acidosis