Jenis - jenis rupa paras induk manusia dan faktor yang menyebabkan manusia awal berhijrah

 PENGENALAN

     Rupa membawa maksud perihal sesuatu benda yang kelihatan di luar (Kamus Dewan Edisi Keempat). Paras pula bermaksud rupa muka atau wajah (Kamus Dewan Edisi Keempat). Rupa paras seseorang sangat penting tetapi ia nya bukan sesuatu perkara yang harus diutamakan. Sudah menjadi lumrah hidup kita untuk menyukai seseorang yang cantik atau sesuatu yang cantik. Frasa “sedap mata memandang” boleh dimaksudkan dengan penampilan yang bersesuaian mengikut cita rasa setiap manusia. Warna kulit merupakan ciri utama bagi ras seseorang. Rupa bentuk fizikal seperti rambut, paras wajah, bentuk muka atau kepala, jenis kumpulan darah juga digunakan untuk menentukan ras. Ras yang dinyatakan disini bermaksud kaum. Evolusi atau ubah ansur ialah satu teori sains yang dikemukakan oleh ahli biologi untuk menerangkan perubahan rupa dan sifat haiwan dan tumbuhan sepanjang zaman sehingga kini. Contoh teori yang sehingga sekarang ada segelintir yang mempercayainya ialah Charles Darwin Evolution. Teori evolusi ini merupakan asas kepada ilmu moden sahaja. Walau bagaimanapun, hasil daripada evolusi manusia telah menyebabkan wujudnya pertindihan sebahgaian kriteria antara kaum. Terdapat 4 jenis rupa paras induk manusia antara nya ialah Negroid, Mongoloid, Kaukosoid, (Caucasian) dan Mediterranian.

JENIS RUPA PARAS MANUSIA

     Congoid atau lebih dikenali sebagai Negroid ialah sebuah keluarga yang berasal dari Afrika yang merupakan manusia terawal yang tiba di sesuatu tempat. Kajian menunjukkan bahawa manusia Negroid ini membawa diri ke Afrika dan hidup secara memburu dan bercucuk tanam tetapi mereka lebih pakar dalam berburu berbanding bercucuk tanam. Ini kerana ciri-ciri negroid ialah kuat daya stamina kerana mereka tinggal di Kawasan hutan yang kering. Manusia Negroid merupakan manusia yang rajin berjalan. Mereka hidup secara nomad iaitu hidup secara berpindah randah untuk mencari sumber air dan haiwan untuk kelangsungan hidup mereka. Berjuta tahun dahulu, plag bumi bersambung dan dengan ini mereka sangat senang berhijrah ke benua yang lain. Selain itu, Negroid juga mempunyai fizikal yang rendah, berkulit gelap dan rambut keriting kasar. Di samping itu, ciri-ciri negroit ialah mereka menjalani ekonomi sara diri dan keluarga kecil atau dikenali sebagai ekonomi agrarian seperti memburu dan mengumpul hasil hutan.

     Jenis induk manusia yang seterusnya ialah Mongoloid atau terma lain nya iaitu Mongolian race atau yellow. Manusia Mongoloid merupakan kumpulan asas yang membawa diri berhijrah ke daerah asia tengah iaitu Kawasan Mongolia. Mongoloid merupakan peribumi gelombang kedua selepas Negroid dan dikenali sebagai deutro. Mereka dipanggil sebagai deutro kerana mereka dating daripada laluan maritim melalui sungai. Aktiviti yang dijalankan oleh manusia Mongoloid ialah agrarian iaitu bercucuk tanam. Bukan itu sahaja, mereka juga menjalankan aktiviti Maritim iaitu menangkap hasil laut. Masyarakat Mongoloid ini lebih maju daripada proto kerana mempunyai kerajaan tersusun contohnya kerajaan Funan. Selain itu, mereka juga berjalan ke Kawasan yang mempunyai dataran yang luas. Mereka berjalan ke asia timur sebagai contoh Tanah Besar dan turun ke Indochina. Antara ciri-ciri manusia Mongoloid, ialah tahan sejuk, mempunyai mata yang sepet, hidung kemek, bentuk muka yang berbentuk petak atau bujur sireh dan kulit mereka berwarna putih kekuningan dan rambutnya lurus. Lelaki Mongoloid pula ketinggiannya rendah tetapi mempunyai badan yang sangat tegap.

     Selain itu, jenis induk yang lainnya ialah Kaukosoid atau lebih dikenali sebagai Kaukasian. Manusia Kaukosoid merupakan etnik orang putih. Mereka ialah kumpulan manusia yang berhijrah ke benua eropah. Contohnya, negara Sweden, Norway dan Finland. Mnausia Kaukosoid mempunyai ciri yang hampir sama dengan Mongolit kecuali mereka sedikit kemajuan dalam tamadun. Manusia Kaukosoid hidup secara nomad dengan berpindah randah dan pelaut atau barbarian. Ciri fizikal Kaukasoid ialah mereka mempunyai kulit yang putih, berambut perang atau blonde, rambut merah, rambut lurus atau beralun atau keriting halus. Mereka juga mempunyai ketinggian yang sangat tinggi.

     Jenis induk yang terakhir ialah manusia Mediterranian. Masyarakat Mediterranian hidup di dalam tamadun yang sangat maju. Mereka bermula dari Middle East seperti Syria, Lebanon dan Iraq. Mereka jugalah yang membuka tamadun awal manusia iaitu tamadun Mesopotamia. Manusia Mediterranian merupakan manusia yang terkenal dengan penciptaan roda dan gear. Mereka menggunakan Bahasa yang sangat tersusun yang digunakan dan direkodkan dengan tulisan. Berbanding dengan masyarakat Negroid dan Mongoloid, mereka menggunakan Bahasa Melayu kuno sebagai Lingua Franca. Bila disebut tentang fizikal manusia Mediterranian, mereka mempunyai rupa paras yang sangat cantik, pandai dan tinggi.

FAKTOR-FAKTOR MENYEBABKAN MANUSIA AWAL BERHIJRAH

     Hijrah bermakna berpindah atau perpindahan Nabi Muhammad SAW dari Mekah ke Madinah. Pada Umumnya, perpindahan berlaku dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Pada padangan orientalis Barat mentafsirkan hijrah secara negative, iaitu sebagai suatu pelarian. Penghijrahan juga mempunyai pengertian yang meluas dan mendalam. Lazimnya setiap manusia tidak kira manusia awal mahupun manusia pada zaman Ketika ini hendak mencapai semaksimum yang mungkin untuk hidup dengan lebih selesa.

     Faktor yang paling signifikan ialah kemampuan menghasilkan makanan. Banyak kumpulan mansuia yang tinggal di tepi sungai yang kecil dan kapasiti pengeluaran yang terhad lalu menyebabkan ramai antara mereka berhijrah. Sumber-sumber ini tidak dapat dikongsi atau tidak dapat lagi menampung bilangan penduduk mereka yang makin lama makin meningkat. Antara sumber yang tidak dapat dikongsi ialah makanan, minuman, dan tempat perlindungan. Disebabkan peluang tidak tersedia di tanah air sendiri, migrasi berlaku agar manusia dapat meneruskan hidup. Seperti yang telah dinyatakan, pendatang yang paling awal berhijrah adalah manusia purba yang berasal dari Benua Afrika yang dikenali sebagai manusia prato kemudian diikuti dengan manusia deutro.

     Faktor seterusnya ialah rupa paras. Mereka sangat mementingkan rupa paras yang cantik dan menarik. Jika mereka ingin mempunyai anak, sudah tentu mereka inginkan anak yang sempurna rupa parasnya. Mereka juga tidak akan membenarkan anak mereka jatuh ke tangan orang yang tidak sepadan rupa parasnya. Hal ini supaya mereka akan mendapat anak kacukan atau baka yang menarik dan bagus. Selain itu, faktor yang mendorong penghijrahan manusia ialah faktor alami. Manusia awal bersifat nomad dan berhijrah kerana sesebuah Kawasan tidak sesuai untuk didiami kerana berlakunya bencana alam seperti banjir, gempa bumi dan sebagainya. Mereka akan segera berpindah ke tempat yang selamat untuk meneruskan kehidupan yang lebih baik.

     Faktor seterusnya ialah faktor setempat. Hal ini kerana faktor setempat menyebabkan konflik sesebuah tempat yang disebabkan oleh perubatan dan pergaduhan manusia sesama manusia disebabkan oleh perebutan sumber bumi, pasangan, jawatan dan sebagainya. Hal ini kerana manusia mempunyai sifat penakut,dengki dan tamak. Selain itu, jika hanya mengharapkan iklim yang sesuai dengan kegiatan aktiviti mereka sahaja tidak mencukupi untuk meneruskan hidup. Hal ini kerana, banyak pulau kecil dan tidak menghasilkan banyak makanan secara semula jadi, mereka tidak menampung populasi yang besar. Jumlah ruang dan sumber daya tidak mencukupi ini haya dapat menampung populasi yang besar manusia yang sedikit untuk tinggal di pulau tertentu. Walaupun tumbuhan dan haiwan yang diternak dan diusahakan oleh manusia-manusia awal di seluruh pulau mahupun delta ini memungkinkan mereka bertahan. Namun, Tindakan ini juga memberi impak pada lingkungan pulau dan delta.

     Kesimpulannya, nilai kebersamaan yang menjadikan manusia berpecah mengikut kaum ialah kepelbagaian dari segi daerah, keturunan, fizikal, status, kemahuan, tabiat dan gaya hidup, budaya, neratif, kepercayaan dan adat, sejarah dan nilai sentimental yang sama rata antara kaum.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Dorothea Orem's Theory

Antidepressant ( Luvox and Prozac )

Respiratory Acidosis