Perbezaan antara pemikiran kumpulan budaya tradisi dan masyarakat modenisasi

 PENGENALAN

     Malaysia adalah sebuah negara berbilang kaum dan mempunyai pelbagai kepercayaan yang hidup dalam keadaan aman dan damai. Seperti yang sedia maklum, negara Malaysia mempunyai 3 kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India. Manakala di bahagian timur Malaysia iaitu Sabah dan Sarawak, majoriti adalah kaum kadazan-dusun dan kaum iban. Masyarakat majmuk di Malaysia dapat disatukan dengan sebuah gagasan yang diperkenalkan oleh Dato’ Sri Mohd Najib Tun Hj. Ahdul Razak pada tahun 2009 yang dikenali sebagai 1 Malaysia. Aspek utama gagasan tersebut adalah sikap saling menghormati dan saling menerima pandangan dan budaya di antara satu sama lain. Ini kerana terdapat pelbagai tradisi turun temurun yang telah diturunkan kepada setiap kaum di Malaysia. Tradisi atau adat dalam kata lain nya menurut kamus dewan edisi keempat membawa maksud sesuatu kebiasaan yang kekal turun-temurun yang sudah sebati dengan sesuatu masyarakat. Namun, pada era permodenan ini, masih terdapat segelintir masyarakat yang masih mengamalkan tradisi dan kepercayaan yang terkadang tidak masuk akal dari turun temurun. Bahkan ada di antara mereka yang terbawa-bawa ke sistem politik sehingga boleh menjejaskan negara.

CIRI CIRI KUMPULAN BUDAYA TRADISI

     Budaya bermaksud tamadun atau peradaban dalam masyarakat manusia. Budaya dianggap sebagai konsep utama dalam kemanusiaan yang merangkumi pelbagai fenomena dihantar melalui pembelajaran sosial dalam masyarakat manusia. Masyarakat tradisi terikat dengan tafsiran budaya yang dikaji melalui kajian kualitatif yang merupakan satu penyelidikan di mana pengkaji akan bergantung kepada pandangan orang lain, bertanyakan soalan yang yang luas, mengumpul data dalam bentuk teks, menganalisa perkataan-perkataan tersebut dan menjalankan inkuiri dalam bentuk yang subjektif. Kajian budaya ialah bersifat tanpa pembuktian pengkadaran angka yang terperinci. Kajian mengenai budaya ini bersifat penafsiran yang berbeza berdasarkan pelbagai sumber yang tidak dapat dibuktikan secara tetap.

     Budaya tradisi bersifat simbolik atau dari segi perlambangan yang tidak dapat dibuktikan secara serata dan tepat. Tambahan pula, budaya tradisi juga bersifat estetika yang terdiri daripada objek seni halus, seni bina, seni persembahan, menu makanan, perayaan atau seni pakaian. Simbolik di dalam budaya bertujuan untuk menunjukkan makna melalui sesuatu lambang. Setiap objek budaya mempunyai makna simbolik yang ditunjukkan dan makna objek tersebut dapat ditafsir secara berbeza bergantung kepada individu yang melihatnya. Secara lazimnya, katakan sesebuah keluarga mempunyai satu cincin yang sering dipakai oleh nenek moyang mereka dan diturunkan secara turun temurun sampailah ke seseorang yang lahir di dalam generasi dan keluarga yang moden. Cincin tersebut mempunyai kisah nya sendiri dan mengikut kepercayaan nenek moyang nya, cincin tersebut membawa tuah. Suatu hari, cincin tersebut telah tercicir dari jari seseorang yang memegang nya. Jika seseorang itu berfikiran seperti masyarakat budaya tradisi, mereka akan merasakan bahawa cincin itu tidak akan memberi keluarga nya tuah lagi. Kesimpulannya, masyarakat budaya tradisi berfikiran terlalu kolot dan tidak logik.

     Masyarakat budaya tradisi bersifat semiotik iaitu menunjukkan seni lukisan yang bermotifkan sesuatu kisah, penceritaan atau isi tersirat mengenai sesuatu gambar. Budaya ini disampaikan melalui proses neratif iaitu penceritaan dari generasi ke generasi tanpa pembuktian pensejarahan atau bukti kuantitatif. Kuantitatif membawa maksud kajian yang menggunakan analisis statistik, lebih bersifat objektif dan berorientasikan kepada hasil. Cerita-cerita hikayat, mitos dan lagenda disampaikan kepada generasi-generasi, hanyalah untuk menerapkan nilai perasaan kepada satu kumpulan budaya yang sama. Contoh salah satu mitos oleh nenek moyang kita ialah jangan duduk di atas bantal kerana dipercayai boleh naik bisul.

     Selain itu, masyarakat budaya tradisi juga mempunyai baik nya iaitu muafakat. Mereka dilihat mengambil berat antara satu dengan yang lain tanpa memikirkan budaya dan agama. Setiap individu berhak menyuarakan pendapat mereka dan persetujuan dicapai dengan mengambil kira semua pendapat. Nilai-nilai kebudayaan Melayu berteraskan kepentingan kehidupan secara berkumpulan dan bergotong-royong telah melahirkan masyarakat yang bertoleransi selaras dengan cabaran kelima wawasan 2020 yang diilhamkan oleh Tun Dr. Mahathir. Kesimpulannya, masyarakat tradisi terlalu menumpukan sentiment dan perasaan warisan yang tertutup, taat membuta tuli dan neratif yang tidak logik dek akal.

CIRI CIRI MASYARAKAT BUDAYA MODENISASI

     Masyarakat ialah sebuah kumpulan manusia kompleks yang hidup di dalam kepelbagaian latar keturunan, warna kulit, agama, idealogi dan kelas ekonomi. Masyarakat juga merupakan sebuah kumpulan manusia yang mempunyai organisasi sosial yang dapat menguruskan keragaman di dalam sebuah masyarakat. Masyarakat dikaji melalui kaedah kajian kuantitatif sosiologi, iaitu menggunakan kaedah pengkadaran angka yang terperinci dan dapat dibuktikan. Masyarakat moden boleh membuat keputusan secara logik dan rasional. Seperti yang telah diceritakan di dalam penerangan ciri-ciri masyarakat budaya tradisi, penceritaan tentang sebuah cincin yang memberi tuah, seseorang yang berfikiran secara logik dan rasional tidak akan berfikiran kolot dan mempercayai makna simbolik tersebut sebagai benar. Secara logiknya, tuah dan segala sifat itu terletak pada individu dan sekeliling nya sendiri. Bukannya terletak pada sesuatu benda tetapi manusia itu sendiri.

     Masyarakat budaya moden mempunyai sifat keyakinan potensi diri sendiri dengan mengangkat keupayaan setiap bakat, personaliti sendiri, kebebasan bersuara dan kebebasan menentukan keputusan diri sendiri secara logik dan rasional. Seperti yang kita dapat lihat, di dalam kaca televisyen di mana mereka menunjukkan kabinet kerajaan yang berhujah dan menyuarakan pendapat mereka dengan bebas di dalam kabinet parlimen. Mereka berhujah secara logik, dan berfalsafah berbanding bergaduh seperti anjing dengan kucing. Oleh kerana itu, masyarakat moden lebih sesuai memerintah negara kita kerana mereka lebih berfikiran rasional dalam sesuatu perkara daripada terlalu terkait dengan budaya tradisi yang diturunkan oleh nenek moyang kita secara turun temurun.

     Masyarakat budaya moden juga mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi , berfikiran terbuka dan luas, kemahiran mengkritik dan kemahiran berfikiran laras tinggi yang dapat membuka pelbagai persoalan termasuk politik dan falsafah. Disebabkan oleh penularan wabak COVID-19, kebanyakkan sekolah terpaksa tutup dan memulakan pembelajaran secara online. Para pengajar menggunakan platform Google Classroom, Zoom, Google Meet dan sebagainya sebagai tapak pembelajaran untuk para pelajar mereka. Tetapi, pembelajaran secara online ini agak payah untuk para pelajar kerana sesetengah pelajar tidak dapat focus atau internet nya tidak cukup laju. Bagi sesetengah pelajar pula, mereka lebih mudah memahami pembelajaran yang dilakukan secara online kerana persekitaran rumahnya yang selesa. Setiap kelas yang dijalankan oleh para pengajar, mereka akan mengadakan sesi soal jawab di akhir kelas. Sebaliknya, para pelajar tidak ramai yang ingin bertanyakan soalan kepada mereka kerana ada yang tidak faham dan tidak mahu bertanya, ada juga yang tidak menumpukan perhatian di dalam kelas langsung. Namun, ada sesetengah pelajar akan menunjukkan sifat ingin tahu mereka dengan bertanyakan soalan-soalan yang logic dan menarik untuk sama-sama pengajar dan pelajar berfikir. Kesimpulannya, masyarakat budaya moden lebih banyak membawa kepada kebaikan dan kemajuan negara kita. Oleh itu, hentikan pemikiran kolot di dalam diri kita setiap individu dan buka kan lah minda dan kemukakan lah pendapat kita untuk didengari dan diterima ramai.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Dorothea Orem's Theory

Antidepressant ( Luvox and Prozac )

Respiratory Acidosis