Perbezaan antara pemikiran kumpulan budaya tradisi dan masyarakat modenisasi
PENGENALAN
Malaysia adalah sebuah
negara berbilang kaum dan mempunyai pelbagai kepercayaan yang hidup dalam
keadaan aman dan damai. Seperti yang sedia maklum, negara Malaysia mempunyai 3
kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India. Manakala di bahagian timur Malaysia
iaitu Sabah dan Sarawak, majoriti adalah kaum kadazan-dusun dan kaum iban.
Masyarakat majmuk di Malaysia dapat disatukan dengan sebuah gagasan yang
diperkenalkan oleh Dato’ Sri Mohd Najib Tun Hj. Ahdul Razak pada tahun 2009
yang dikenali sebagai 1 Malaysia. Aspek utama gagasan tersebut adalah sikap
saling menghormati dan saling menerima pandangan dan budaya di antara satu sama
lain. Ini kerana terdapat pelbagai tradisi turun temurun yang telah diturunkan
kepada setiap kaum di Malaysia. Tradisi atau adat dalam kata lain nya menurut
kamus dewan edisi keempat membawa maksud sesuatu kebiasaan yang kekal
turun-temurun yang sudah sebati dengan sesuatu masyarakat. Namun, pada era
permodenan ini, masih terdapat segelintir masyarakat yang masih mengamalkan
tradisi dan kepercayaan yang terkadang tidak masuk akal dari turun temurun.
Bahkan ada di antara mereka yang terbawa-bawa ke sistem politik sehingga boleh
menjejaskan negara.
CIRI CIRI KUMPULAN BUDAYA
TRADISI
Budaya bermaksud tamadun
atau peradaban dalam masyarakat manusia. Budaya dianggap sebagai konsep utama dalam
kemanusiaan yang merangkumi pelbagai fenomena dihantar melalui pembelajaran
sosial dalam masyarakat manusia. Masyarakat tradisi terikat dengan tafsiran
budaya yang dikaji melalui kajian kualitatif yang merupakan satu penyelidikan
di mana pengkaji akan bergantung kepada pandangan orang lain, bertanyakan
soalan yang yang luas, mengumpul data dalam bentuk teks, menganalisa
perkataan-perkataan tersebut dan menjalankan inkuiri dalam bentuk yang
subjektif. Kajian budaya ialah bersifat tanpa pembuktian pengkadaran angka yang
terperinci. Kajian mengenai budaya ini bersifat penafsiran yang berbeza
berdasarkan pelbagai sumber yang tidak dapat dibuktikan secara tetap.
Budaya tradisi bersifat
simbolik atau dari segi perlambangan yang tidak dapat dibuktikan secara serata
dan tepat. Tambahan pula, budaya tradisi juga bersifat estetika yang terdiri
daripada objek seni halus, seni bina, seni persembahan, menu makanan, perayaan
atau seni pakaian. Simbolik di dalam budaya bertujuan untuk menunjukkan makna
melalui sesuatu lambang. Setiap objek budaya mempunyai makna simbolik yang
ditunjukkan dan makna objek tersebut dapat ditafsir secara berbeza bergantung
kepada individu yang melihatnya. Secara lazimnya, katakan sesebuah keluarga
mempunyai satu cincin yang sering dipakai oleh nenek moyang mereka dan
diturunkan secara turun temurun sampailah ke seseorang yang lahir di dalam
generasi dan keluarga yang moden. Cincin tersebut mempunyai kisah nya sendiri
dan mengikut kepercayaan nenek moyang nya, cincin tersebut membawa tuah. Suatu
hari, cincin tersebut telah tercicir dari jari seseorang yang memegang nya.
Jika seseorang itu berfikiran seperti masyarakat budaya tradisi, mereka akan
merasakan bahawa cincin itu tidak akan memberi keluarga nya tuah lagi.
Kesimpulannya, masyarakat budaya tradisi berfikiran terlalu kolot dan tidak
logik.
Masyarakat budaya tradisi
bersifat semiotik iaitu menunjukkan seni lukisan yang bermotifkan sesuatu
kisah, penceritaan atau isi tersirat mengenai sesuatu gambar. Budaya ini
disampaikan melalui proses neratif iaitu penceritaan dari generasi ke generasi
tanpa pembuktian pensejarahan atau bukti kuantitatif. Kuantitatif membawa
maksud kajian yang menggunakan analisis statistik, lebih bersifat objektif dan
berorientasikan kepada hasil. Cerita-cerita hikayat, mitos dan lagenda
disampaikan kepada generasi-generasi, hanyalah untuk menerapkan nilai perasaan
kepada satu kumpulan budaya yang sama. Contoh salah satu mitos oleh nenek
moyang kita ialah jangan duduk di atas bantal kerana dipercayai boleh naik
bisul.
Selain itu, masyarakat budaya tradisi juga mempunyai baik nya iaitu muafakat. Mereka dilihat mengambil berat antara satu dengan yang lain tanpa memikirkan budaya dan agama. Setiap individu berhak menyuarakan pendapat mereka dan persetujuan dicapai dengan mengambil kira semua pendapat. Nilai-nilai kebudayaan Melayu berteraskan kepentingan kehidupan secara berkumpulan dan bergotong-royong telah melahirkan masyarakat yang bertoleransi selaras dengan cabaran kelima wawasan 2020 yang diilhamkan oleh Tun Dr. Mahathir. Kesimpulannya, masyarakat tradisi terlalu menumpukan sentiment dan perasaan warisan yang tertutup, taat membuta tuli dan neratif yang tidak logik dek akal.
CIRI CIRI MASYARAKAT BUDAYA MODENISASI
Masyarakat ialah sebuah
kumpulan manusia kompleks yang hidup di dalam kepelbagaian latar keturunan,
warna kulit, agama, idealogi dan kelas ekonomi. Masyarakat juga merupakan
sebuah kumpulan manusia yang mempunyai organisasi sosial yang dapat menguruskan
keragaman di dalam sebuah masyarakat. Masyarakat dikaji melalui kaedah kajian
kuantitatif sosiologi, iaitu menggunakan kaedah pengkadaran angka yang
terperinci dan dapat dibuktikan. Masyarakat moden boleh membuat keputusan
secara logik dan rasional. Seperti yang telah diceritakan di dalam penerangan
ciri-ciri masyarakat budaya tradisi, penceritaan tentang sebuah cincin yang
memberi tuah, seseorang yang berfikiran secara logik dan rasional tidak akan
berfikiran kolot dan mempercayai makna simbolik tersebut sebagai benar. Secara
logiknya, tuah dan segala sifat itu terletak pada individu dan sekeliling nya
sendiri. Bukannya terletak pada sesuatu benda tetapi manusia itu sendiri.
Masyarakat budaya moden
mempunyai sifat keyakinan potensi diri sendiri dengan mengangkat keupayaan
setiap bakat, personaliti sendiri, kebebasan bersuara dan kebebasan menentukan
keputusan diri sendiri secara logik dan rasional. Seperti yang kita dapat
lihat, di dalam kaca televisyen di mana mereka menunjukkan kabinet kerajaan
yang berhujah dan menyuarakan pendapat mereka dengan bebas di dalam kabinet
parlimen. Mereka berhujah secara logik, dan berfalsafah berbanding bergaduh
seperti anjing dengan kucing. Oleh kerana itu, masyarakat moden lebih sesuai
memerintah negara kita kerana mereka lebih berfikiran rasional dalam sesuatu
perkara daripada terlalu terkait dengan budaya tradisi yang diturunkan oleh
nenek moyang kita secara turun temurun.
Masyarakat budaya moden
juga mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi , berfikiran terbuka dan luas,
kemahiran mengkritik dan kemahiran berfikiran laras tinggi yang dapat membuka
pelbagai persoalan termasuk politik dan falsafah. Disebabkan oleh penularan
wabak COVID-19, kebanyakkan sekolah terpaksa tutup dan memulakan pembelajaran
secara online. Para pengajar menggunakan platform Google Classroom, Zoom,
Google Meet dan sebagainya sebagai tapak pembelajaran untuk para pelajar
mereka. Tetapi, pembelajaran secara online ini agak payah untuk para pelajar
kerana sesetengah pelajar tidak dapat focus atau internet nya tidak cukup laju.
Bagi sesetengah pelajar pula, mereka lebih mudah memahami pembelajaran yang
dilakukan secara online kerana persekitaran rumahnya yang selesa. Setiap kelas
yang dijalankan oleh para pengajar, mereka akan mengadakan sesi soal jawab di
akhir kelas. Sebaliknya, para pelajar tidak ramai yang ingin bertanyakan soalan
kepada mereka kerana ada yang tidak faham dan tidak mahu bertanya, ada juga
yang tidak menumpukan perhatian di dalam kelas langsung. Namun, ada sesetengah
pelajar akan menunjukkan sifat ingin tahu mereka dengan bertanyakan
soalan-soalan yang logic dan menarik untuk sama-sama pengajar dan pelajar
berfikir. Kesimpulannya, masyarakat budaya moden lebih banyak membawa kepada
kebaikan dan kemajuan negara kita. Oleh itu, hentikan pemikiran kolot di dalam
diri kita setiap individu dan buka kan lah minda dan kemukakan lah pendapat
kita untuk didengari dan diterima ramai.
Mudah faham tq
ReplyDeleteyou're welcome!!
Delete