Jenis - jenis rupa paras induk manusia dan faktor yang menyebabkan manusia awal berhijrah
PENGENALAN
Rupa membawa maksud perihal sesuatu benda yang kelihatan di luar (Kamus Dewan Edisi Keempat). Paras pula bermaksud rupa muka atau wajah (Kamus Dewan Edisi Keempat). Rupa paras seseorang sangat penting tetapi ia nya bukan sesuatu perkara yang harus diutamakan. Sudah menjadi lumrah hidup kita untuk menyukai seseorang yang cantik atau sesuatu yang cantik. Frasa “sedap mata memandang” boleh dimaksudkan dengan penampilan yang bersesuaian mengikut cita rasa setiap manusia. Warna kulit merupakan ciri utama bagi ras seseorang. Rupa bentuk fizikal seperti rambut, paras wajah, bentuk muka atau kepala, jenis kumpulan darah juga digunakan untuk menentukan ras. Ras yang dinyatakan disini bermaksud kaum. Evolusi atau ubah ansur ialah satu teori sains yang dikemukakan oleh ahli biologi untuk menerangkan perubahan rupa dan sifat haiwan dan tumbuhan sepanjang zaman sehingga kini. Contoh teori yang sehingga sekarang ada segelintir yang mempercayainya ialah Charles Darwin Evolution. Teori evolusi ini merupakan asas kepada ilmu moden sahaja. Walau bagaimanapun, hasil daripada evolusi manusia telah menyebabkan wujudnya pertindihan sebahgaian kriteria antara kaum. Terdapat 4 jenis rupa paras induk manusia antara nya ialah Negroid, Mongoloid, Kaukosoid, (Caucasian) dan Mediterranian.
JENIS RUPA PARAS MANUSIA
Congoid atau lebih
dikenali sebagai Negroid ialah sebuah keluarga yang berasal dari Afrika yang
merupakan manusia terawal yang tiba di sesuatu tempat. Kajian menunjukkan
bahawa manusia Negroid ini membawa diri ke Afrika dan hidup secara memburu dan
bercucuk tanam tetapi mereka lebih pakar dalam berburu berbanding bercucuk
tanam. Ini kerana ciri-ciri negroid ialah kuat daya stamina kerana mereka
tinggal di Kawasan hutan yang kering. Manusia Negroid merupakan manusia yang
rajin berjalan. Mereka hidup secara nomad iaitu hidup secara berpindah randah
untuk mencari sumber air dan haiwan untuk kelangsungan hidup mereka. Berjuta
tahun dahulu, plag bumi bersambung dan dengan ini mereka sangat senang
berhijrah ke benua yang lain. Selain itu, Negroid juga mempunyai fizikal yang
rendah, berkulit gelap dan rambut keriting kasar. Di samping itu, ciri-ciri
negroit ialah mereka menjalani ekonomi sara diri dan keluarga kecil atau
dikenali sebagai ekonomi agrarian seperti memburu dan mengumpul hasil hutan.
Jenis induk manusia yang
seterusnya ialah Mongoloid atau terma lain nya iaitu Mongolian race atau
yellow. Manusia Mongoloid merupakan kumpulan asas yang membawa diri berhijrah
ke daerah asia tengah iaitu Kawasan Mongolia. Mongoloid merupakan peribumi
gelombang kedua selepas Negroid dan dikenali sebagai deutro. Mereka dipanggil
sebagai deutro kerana mereka dating daripada laluan maritim melalui sungai.
Aktiviti yang dijalankan oleh manusia Mongoloid ialah agrarian iaitu bercucuk
tanam. Bukan itu sahaja, mereka juga menjalankan aktiviti Maritim iaitu
menangkap hasil laut. Masyarakat Mongoloid ini lebih maju daripada proto kerana
mempunyai kerajaan tersusun contohnya kerajaan Funan. Selain itu, mereka juga
berjalan ke Kawasan yang mempunyai dataran yang luas. Mereka berjalan ke asia
timur sebagai contoh Tanah Besar dan turun ke Indochina. Antara ciri-ciri
manusia Mongoloid, ialah tahan sejuk, mempunyai mata yang sepet, hidung kemek,
bentuk muka yang berbentuk petak atau bujur sireh dan kulit mereka berwarna
putih kekuningan dan rambutnya lurus. Lelaki Mongoloid pula ketinggiannya
rendah tetapi mempunyai badan yang sangat tegap.
Selain itu, jenis induk
yang lainnya ialah Kaukosoid atau lebih dikenali sebagai Kaukasian. Manusia
Kaukosoid merupakan etnik orang putih. Mereka ialah kumpulan manusia yang
berhijrah ke benua eropah. Contohnya, negara Sweden, Norway dan Finland.
Mnausia Kaukosoid mempunyai ciri yang hampir sama dengan Mongolit kecuali
mereka sedikit kemajuan dalam tamadun. Manusia Kaukosoid hidup secara nomad
dengan berpindah randah dan pelaut atau barbarian. Ciri fizikal Kaukasoid ialah
mereka mempunyai kulit yang putih, berambut perang atau blonde, rambut merah,
rambut lurus atau beralun atau keriting halus. Mereka juga mempunyai ketinggian
yang sangat tinggi.
Jenis induk yang terakhir
ialah manusia Mediterranian. Masyarakat Mediterranian hidup di dalam tamadun
yang sangat maju. Mereka bermula dari Middle East seperti Syria, Lebanon dan
Iraq. Mereka jugalah yang membuka tamadun awal manusia iaitu tamadun
Mesopotamia. Manusia Mediterranian merupakan manusia yang terkenal dengan
penciptaan roda dan gear. Mereka menggunakan Bahasa yang sangat tersusun yang
digunakan dan direkodkan dengan tulisan. Berbanding dengan masyarakat Negroid
dan Mongoloid, mereka menggunakan Bahasa Melayu kuno sebagai Lingua Franca. Bila
disebut tentang fizikal manusia Mediterranian, mereka mempunyai rupa paras yang
sangat cantik, pandai dan tinggi.
FAKTOR-FAKTOR MENYEBABKAN
MANUSIA AWAL BERHIJRAH
Hijrah bermakna berpindah
atau perpindahan Nabi Muhammad SAW dari Mekah ke Madinah. Pada Umumnya,
perpindahan berlaku dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Pada padangan
orientalis Barat mentafsirkan hijrah secara negative, iaitu sebagai suatu
pelarian. Penghijrahan juga mempunyai pengertian yang meluas dan mendalam.
Lazimnya setiap manusia tidak kira manusia awal mahupun manusia pada zaman
Ketika ini hendak mencapai semaksimum yang mungkin untuk hidup dengan lebih
selesa.
Faktor yang paling
signifikan ialah kemampuan menghasilkan makanan. Banyak kumpulan mansuia yang
tinggal di tepi sungai yang kecil dan kapasiti pengeluaran yang terhad lalu
menyebabkan ramai antara mereka berhijrah. Sumber-sumber ini tidak dapat
dikongsi atau tidak dapat lagi menampung bilangan penduduk mereka yang makin
lama makin meningkat. Antara sumber yang tidak dapat dikongsi ialah makanan,
minuman, dan tempat perlindungan. Disebabkan peluang tidak tersedia di tanah
air sendiri, migrasi berlaku agar manusia dapat meneruskan hidup. Seperti yang
telah dinyatakan, pendatang yang paling awal berhijrah adalah manusia purba
yang berasal dari Benua Afrika yang dikenali sebagai manusia prato kemudian
diikuti dengan manusia deutro.
Faktor seterusnya ialah
rupa paras. Mereka sangat mementingkan rupa paras yang cantik dan menarik. Jika
mereka ingin mempunyai anak, sudah tentu mereka inginkan anak yang sempurna
rupa parasnya. Mereka juga tidak akan membenarkan anak mereka jatuh ke tangan
orang yang tidak sepadan rupa parasnya. Hal ini supaya mereka akan mendapat
anak kacukan atau baka yang menarik dan bagus. Selain itu, faktor yang
mendorong penghijrahan manusia ialah faktor alami. Manusia awal bersifat nomad
dan berhijrah kerana sesebuah Kawasan tidak sesuai untuk didiami kerana
berlakunya bencana alam seperti banjir, gempa bumi dan sebagainya. Mereka akan
segera berpindah ke tempat yang selamat untuk meneruskan kehidupan yang lebih
baik.
Faktor seterusnya ialah faktor
setempat. Hal ini kerana faktor setempat menyebabkan konflik sesebuah tempat
yang disebabkan oleh perubatan dan pergaduhan manusia sesama manusia disebabkan
oleh perebutan sumber bumi, pasangan, jawatan dan sebagainya. Hal ini kerana
manusia mempunyai sifat penakut,dengki dan tamak. Selain itu, jika hanya
mengharapkan iklim yang sesuai dengan kegiatan aktiviti mereka sahaja tidak mencukupi
untuk meneruskan hidup. Hal ini kerana, banyak pulau kecil dan tidak
menghasilkan banyak makanan secara semula jadi, mereka tidak menampung populasi
yang besar. Jumlah ruang dan sumber daya tidak mencukupi ini haya dapat
menampung populasi yang besar manusia yang sedikit untuk tinggal di pulau
tertentu. Walaupun tumbuhan dan haiwan yang diternak dan diusahakan oleh
manusia-manusia awal di seluruh pulau mahupun delta ini memungkinkan mereka
bertahan. Namun, Tindakan ini juga memberi impak pada lingkungan pulau dan
delta.
Kesimpulannya, nilai
kebersamaan yang menjadikan manusia berpecah mengikut kaum ialah kepelbagaian
dari segi daerah, keturunan, fizikal, status, kemahuan, tabiat dan gaya hidup,
budaya, neratif, kepercayaan dan adat, sejarah dan nilai sentimental yang sama
rata antara kaum.
TQ Author comel :D
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
Delete