Ciri - ciri tujuan pluralisme agama dan bagaimana pluralisme pelbagai agama dapat digunakan sebagai alat keharmonian

PENGENALAN

     Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, pluralisme bermaksud keadaan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum, kebudayaan, kepercayaan agama dan kepelbagaian budaya masyarakat antarabangsa yang perlu dihormati. Pluralisme juga membina sebuah masyarakat yang majmuk yang mampu menyesuaikan diri dengan cabaran-cabaran baru. Asas kepada pluralisme ialah rasa kebertanggungjawab yang logic dan rasional kepada semua manusia walaupun berbeza nilai tradisinya. Pluralisme agama pula merupakan konsep yang luas tentang penerimaan agama-agama yang pelbagai. Antara kefahaman pluralisme agama ini adalah tidak ada satu agama pun yang tunggal dan eksklusif untuk menjadi satu-satu nya sumber kebenaran. Penerimaan kebenaran wujud dalam dua atau lebih agama dengan penekanan dalam aspek yang boleh diterima oleh agama tersebut. Kefahaman ini juga menggalakkan Kerjasama dan dialog antara agama yang berbeza untuk meningkatkan persefahaman. Ia digunakan sebagai istilah yang merujuk kepada keadaan hidup Bersama yang harmoni antara penganut agama yang berbeza. Pandangan agama Kristian tentang pluralisme adalah sebahagian orang Kristian berpendapat bahawa pluralisme adalah suatu konsep yang tidak sah atau bercanggah dengan diri sendiri. Ini kerana pluralisme agama mendakwa bahawa semua agama adalah sama benar. Kebanyakkan orang Kristian menganggap idea ini tidak logik. Gereja Katolik dan Gereja Ortodoks Timur mendakwa bahawa “satu gereja yang benar”. Pada pandangan agama islam pula islam sangat menghargai toleransi agama lain tetapi islam tidak menganggap semua agama adalah sama. Dalam kata lain,  Islam tidak menganggap bahawa Tuhan yang disembah oleh orang Islam adalah Tuhan yang disembah oleh agama lain. Seperti yang telah dinyatakan dalam Al-Quran, lakum diinukum wa liya diin yang bermaksud untuk kamu agama kamu dan untuk aku agamaku.

CIRI-CIRI TUJUAN PLURALISME AGAMA

     Isu pluralisme agama menimbulkan suatu fenomena baru dalam pemikiran islam. Antara ciri pluralisme agama ialah mempunyai latihan yang dirancang yang berlindung di bawah Gerakan-gerakan seperti global ethics, human rights dan interfaith dialogue atau dialogue of faith dan civilizational dialogue. Ia juga mempunyai rangkaian yang luas hampir seluruh dunia termasuk Malaysia dan Indonesia. Ideologi dan kefahaman dalam pluralisme agama ini adalah suatu serangan dan penjajahan mental yang berbahaya terhadap islam dan penganutnya. Ia dilakukan secara halus untuk mengelirukan mental umat islam dengan nama rasional,toleransi dan perpaduan. Pluralisme agama mempunyai unsur islam liberal, sekularisme, rasionalisme, penolakan kuasa agama, lemah dalam membahaskan kebenaran mana mana agama dan sentiasa berusaha untuk menyeragamkan ajaran agama yang pelbagai. Ia mempromosikan nilai-nilai barat dengan memegang slogan dan penekanan terhadap terminology universal values, good values, shared-values, positive values, noble values dan istilah-istilah yang lunak didengar. Seterusnya, ia juga menanamkan kekeliruan dan ketidakpastian dengan menggunakan slogan “One God Different Way”, “Unity in Diversity” dan lain-lain. Tambahan pula, ia memutuskan hubungan nilai agama dengan menyatakan nilai sejagat atau universal mengatasi kualiti nilai-nilai agama dan ini menafikan peranan keagamaan dalam kehidupan individu. Jika kefahaman ini mendakwa bahawa nilai-nilai yang diterima oleh majoriti adalah suatu kebajikan, maka hakikatnya ia menolak kewibawaan agama dan kesahihan agama. Ini juga memperjuangkan kebebasan bersuara dalam sesuatu agama supaya setiap orang mempunyai hak untuk menyuarakan pendapat walaupun pendapat itu bertentangan dengan agama atau pendapat itu boleh memudaratkan penganut agama lain sendiri. Kaedah yang digunakan adalah relativisme iaitu dengan menegaskan bahawa kebenaran adalah relatif dan tidak boleh ditegaskan oleh mana-mana pihak bertujuan untuk memberikan kebebasan mutlak untuk menyatakan pendapat dalam agama masing-masing. Pluralisme ini lebih cenderung dalam mengutamakan keseimbangan akal berbanding neraca agama kerana minda dilihat autonomi dan mampu memikirkan segala-galanya.

     Tujuan pluralisme menurut Nurcholis Madjid ialah pluralisme bertujuan untuk mendekonstruksi absolutism, menegaskan relativisme dan mendasarkan toleransi terhadap setiap perbezaan, heterogenitas dan pluralisme tidak hanya dianggap sebagai fakta yang harus diakui, tetapi pluralisme dilihat dan diperlakukan sebagai bentuk positivisme, bukan negativism.

BAGAIMANAKAH PLURALISME PELBAGAI AGAMA DAPAT DIGUNAKAN SEBAGAI ALAT KEHARMONIAN YANG DAPAT MENGURANGKAN PERSEPSI ATAU KONFLIK DALAM KEPELBAGAIAN AGAMA

     Agama dapat digunakan sebagai alat keharmonian yang dapat mengurangkan persepsi atau konflik dalam kepelbagaian agama dengan cara dialog agama. Ini merupakan satu cara yang berkesan dalam melahirkan perpaduan kaum dan agama. Pluralisme agama perlu diterima secara baik dan selektif oleh penganut agama. Dalam berdialog, terdapat beberapa etika khusus yang patut dipatuhi oleh pihak tertentu. Ini kerana ia  tidak boleh menjejaskan kerangka dan pemahaman asas yang berlandaskan tauhid di dalam ajaran islam. Asas tauhid ini diperjelaskan oleh sarjana teologi islam bersifat tetap dan tidak boleh berubah sehingga kiamat. Hal ini bermaksud walaubagaimana bentuk dialog sekali pun antara agama, pendekatan ala sekularisme menolak peranan ketuhanan dalam kehidupan manusia dan bergantung sepenuhnya kepada peranan akal dan nafsu manusia dalam menentukan segala aspek utama di dalam kehidupan perlu dijauhkan. Selain itu, elemen universal yang wujud di antara agama besar dunia haruslah diakui tanpa melibatkan persoalan akidah. Seterusnya, menerima pluralisme agama yang baik. Ini dicirikan sebagai tidak sekadar menunjuk kemajmukan tetapi keterlibatan yang aktif juga dimana setiap pemeluk agama dituntut bukan sahaja mengakui keberadaan dan hak agama lain tetapi terlibat dalam usaha memahami perbezaan dan jugak persamaan dalam mencapai kerukunan kepelbagaian,. Kosmopolitanisme merujuk kepada suatu reality di mana pelbagai ragam agama, ras dan bangsa yang hiduo berdampingan. Akan tetapi interaksinya adalah pada tahap minima. Selain itu, ia berbeza dari relativisme. Kesannya, semua agama adalah sama. Ianya bukan campuran atau paduan unsur tertentu atau sebahagian komponen ajaran dari beberapa agama untuk menjadikan nya suatu agama yang baru. Selain itu juga, mengelakkan cemuhan budaya serta agama lain dan mengelakkan perdebatan teologis doctrinal yang berakhir dengan kebuntuan. Ia juga perlu bersikap toleransi antara penganut agama untuk mengelak sebarang kesalahfahaman. Akhir sekali, mengelak tiga gejala buruk yang ditegah dalam setiap agama dan etika kemanusiaan sejagat. Trilogi ini menghasilkan unsur terrorist, iaitu ekstremisme, cauvinisme dan fanatisisme.

     Kesimpulannya, pluralisme merupakan pandangan yang berkaitan dengan kebenaran pelbagai agama, Pluralisme tidak hanya menjadi suatu pandangan, namun ia telah berdampak pada kehidupan beragama, baik dari sudut pandang pro pluralisme maupun sudut pandang kontra.

Comments

Popular posts from this blog

Dorothea Orem's Theory

Antidepressant ( Luvox and Prozac )

Respiratory Acidosis