Tujuan dan Sifat toleransi pemikiran yang menggalakkan pencambahan pendapat

PENGENALAN

     Toleransi berasal dari perkataan Bahasa inggeris iaitu “tolerance” yang bermaksud keterbukaan. Dalam Bahasa Arab pula toleransi membawa maksud sikap membiarkan atau berlapang dada. Toleransi berasal dari Bahasa Latin “tolerare” iaitu menahan diri, bersikap sabar, membiarkan perbezaan pendapat dan berlapang dada terhadap orang yang memiliki pendapat berbeza. Istilah toleransi mula mula digunakan di Perancis Tengah pada abad ke 14 dan Bahasa Inggeris moden  awal pada abad ke 15. Perkataan ini digunakan dalam Bahasa inggeris pada tahun 1510-an pertama kalinya yang bermaksud keizinan, lesen yang diberikan oleh pihak berkuasa. Dari segi istilah pula, toleransi adalah sikap seseorang yang menerima keyakinan, cara hidup, dan perbezaan orang lain tanpa mengkritik dan mencela. Selain itu, toleransi didasarkan pada rasa hormat terhadap orang lain atau perbezaan yang dibawa oleh orang lain. Toleransi adalah nilai moral yang menunjukkan rasa hormat terhadap orang lain, terhadap idea, amalan atau kepercayaannya tanpa mengira sama ada mereka bertembung atau berbeza dari kita. Dalam kata lain, toleransi juga merupakan pengakuan terhadap perbezaan yang wujud dalam setiap manusia, budaya, agama atau tindakan. Oleh kerana itu, toleransi adalah sikap asas bagi kehidupan dalam masyarakat. Kita harus memupuk rasa hormat terhadap orang lain dan dengan ada nya sikap ini, kita semua tentu akan hidup dengan aman dan damai. Toleransi adalah berdasarkan interaksi orang yang mempunyai ciri yang berbeza. Ia melibatkan kehendak untuk mengelak situasi konflik dan bertindak secara komprehensif.

TUJUAN TOLERANSI PEMIKIRAN

     Asas untuk bertolak ansur dengan pemikiran atau idea ialah bagaimana seseorang itu memahami orang lain yang mempunyai pegangan yang berbeza daripada pegangan sendiri. Toleransi pemikiran ialah bagaimana seseorang itu sanggup menerima idea lain walaupun idea yang mereka ada malahan berbeza daripada idea orang lain. Prinsip-prinsip yang bermatlamat toleransi pemikiran ialah boleh membawa kepada penyatuan pemikiran dan idea yang berbeza dari pelbagai sudut kehidupan seperti keluarga, sosial, akademi  atau pembelajaran dan lingkungan tempat tinggal. Tujuan toleransi yang lainnya pula adalah untuk menerapkan rasa hormat dalam diri seseorang individu. Sebagai contoh, jika seseorang tidak bersetuju dengan idea atau pendapat seseorang individu itu, kita mestilah menghormati perbezaan pendapat tersebut. Suara kan pendapat kita dengan jelas dan beradab serta melayani mereka dengan penuh martabat dan kehormatan. Selain itu, untuk pendamaian, toleransi diperlukan. Oleh kerana itu, ia memainkan peranan penting dalam menjaga pendamaian antara masyarakat majmuk. Seterusnya, toleransi bertujuan untuk tidak memberikan sikap provokatif iaitu sikap yang membangkitkan kemarahan. Jika sesetengah orang tidak bersetuju dalam isu tertentu, mereka harus mewakili dan menyatakan pendapat mereka dengan penuh rasa hormat dan elakkan mengguna Bahasa yang penuh kebencian. Toleransi mesti ditunjukkan dari kedua-dua belah pihak barulah ia berkesan.

BAGAIMANAKAH SIFAT TOLERANSI PEMIKIRAN DAPAT MENGALAKKAN PERCAMBAHAN PENDAPAT

     Di dalam sesebuah negara dimana setiap individu hidup secara bermasyarakat, setiap individu dilahirkan dengan keunikan tersendiri dan dibesarkan dalam pelbagai persekitaran yang berbeza. Dimana jika setaip orang itu mempunyai idealisasi yang perbeza, ia akan meningkatkan lagi kemajuan sesebuah negara itu. Malang sekali, tidak mudah untuk suatu negara itu maju jika masyarakat nya masih lagi berfikir secara mundur berbanding berfikiran terbuka. Jika kita kupas dengan lebih mendalam lagi, sifat toleransi pemikiran ini mempunyai banyak percambahan nya. Salah satu nya ialah kemahiran mengkritik dan mempersoalkan sesuatu yang tidak kita setuju atau menambahkan idea kepada orang lain jika bersetuju dengan sesuatu penyataan. Contoh yang paling selalu kita Nampak ialah di dalam dewan politik. Kesemua Menteri-menteri yang didalam kabinet akan menyuarakan pendapat mereka dan bersedia untuk menjawab setiap soalan yang akan diajukan oleh Menteri lain atau bersedia untuk berdebat jika tidak dipersetujui oleh yang lain. Jika seseorang itu mahir dalam mengkritik, mereka juga akan mampu menerima kritikan orang lain. Dengan mempelajari sikap hormat dan menerima pendapat orang lain. Ini akan menjadi ikutan orang ramai lebih lebih lagi masyarakat muda generasi sekarang. Oleh itu, negara akan menjadi lebih maju kerana berbezaan pendapat yang dapat bercambah menjadi satu pendapat yang lebih bagus. Tidak semua rakyat mempunyai suatu posisi atau kedudukan yang sama. Ada antara kita yang bergolongan rendah dan ada juga yang bergolongan tinggi. Perkara ini tidak sepatutnya di biasa kana tau diterapkan di dalam setiap individu dimana golongan atasan mestilah di taati dan dihormati tetapi golongan rendah ditindas dan tidak diterima pendapatnya kerana ada diantara mereka yang tidak berpendidikan tinggi kerana tidak berpeluang menyambung pelajaran mereka. Tidak semua individu mampu untuk mempunyai segala-galanya atau sama seperti kita, tidak semua beragama sama dengan kita. Jadi, ini lah salah satu sebab kenapa perlunya sifat toleransi pemikiran ini dalam kehidupan sesetiap individu. Kita perlu hentikan sikap yang sombong dan terapkan sikap yang lebih bernilai moral kepada anak anak dan generasi akan datang. Akan tetapi, jika seseorang itu ingin menjana kemajuan sesebuah negara, mereka mestilah bertolak ansur dengan orang lain terutama mereka yang mempunyai pemikiran dan idea yang berbeza. Menerima perbezaan ini lah Langkah pertama untuk kita mewujudkan persefahaman yang kemudiannya akan membawa manusia dan negara kearah kemajuan. Contoh sifat lain yang dapat diutarakan ialah menghormati adat istiadat atau budaya orang lain, bersopan santun pada warga yang lebih tua dan sentiasa berbuat baik kepada orang lain. Jika kita ingin menggalakkan percambahan pendapat, inilah apa yang kita mesti lakukan sebagai seseorang individu yang bersifat toleransi dalam pemikiran.

KESIMPULAN

     Sebagai seorang individu yang berfikiran terbuka, kita mestilah memupuk sifat toleransi dalam segi pemikiran ini untuk memajukan masyarakat sekaligus memajukan negara kita. Dengan sifat ini, kita mampu menerima pendapat dan idea orang lain dengan penuh hormat. Selain itu, kita juga dapat menguatkan tali persaudaraan. Tambahan pula, sifat ini akan menciptakan keharmonian dan kedamaian dalam negara dan menumbuhkan serta menguatkan rasa nasionalism. Oleh itu, Bersama-sama lah kita mengubahkan sifat pemikiran mundur kepada pemikiran yang lebih terbuka.

Comments

Popular posts from this blog

Dorothea Orem's Theory

Antidepressant ( Luvox and Prozac )

Respiratory Acidosis